Lengkapkan pendaftaran anda dengan borang maklumat pelajar di bawah

Student Details Shibuya 2024

Ruangan Penjaga/Ibu/Bapa

Ruangan ini untuk pelajar cakap Jepun yang berusia 18 tahun ke bawah. Anda WAJIB masukkan maklumat berkaitan penjaga anda untuk pihak kami mendapatkan persetujuan daripada mereka terlebih dahulu.



HAJIMEMASHITE!

Selamat datang ke Cakap Jepun Online Academy.
Sebelum memulakan kelas, sensei nak berkenalan dengan anda terlebih dahulu.
Nama sensei adalah Mohd Anuar Bin Abu Bakar, atau dikenali sebagai Anuar Sensei.

Sensei merupakan lepasan Universiti Nagoya dalam bidang Elektrik dan Elektronik. Selepas itu, sensei menyambung pengajian dalam Sarjana dalam Sistem Elektronik (MPhil) di Institut Teknologi Malaysia – Jepun (MJIIT).

Sensei mula menjadi guru pada 2011 sebagai pengajar Bahasa Melayu kepada Pengurus Toyota dan pelajar Jepun di Universiti Nanzan dalam bahasa Jepun. Selepas pulang ke Malaysia, sensei mengajar Bahasa Jepun kepada pelbagai syarikat seperti Petronas LNG, KLCC, Toyota, dan syarikat swasta.

Pada tahun 2013, sensei mula mengajar Bahasa Jepun di Sekolah Menengah Sri KDU Kota Damansara selama 5 tahun, dan juga di UiTM Shah Alam.

Anuar Sensei juga merupakan salah seorang pengasas Cakap Jepun. Sensei sangat komited untuk ‘Memberi Kembali kepada Komuniti’ dan percaya bahawa untuk menguasai bahasa, anda juga perlu meneroka budaya dan mempunyai persekitaran pembelajaran yang baik.