Cakap Jepun Online Class

Failed Payment Guides (Debit/Credit Card)

Salam hormat dari kami team CakapJepun. Anda perlu tahu bahawa walaupun debit kad/ Kredit kad anda mempunyai lambang VISA & MASTERCARD ia perlu di aktifkan untuk kegunaan antarabangsa dan transaksi online. Disini kami kongsikan langkah – langkah untuk aktifkan debit kad anda untuk tujuan tersebut.

Prosedur Pengaktifan Debit Kad

Untuk mengaktifkan kad anda,
terdapat 2 perkara yang PERLU dilakukan iaitu:

  1. Pengaktifan dari pihak bank
  2. Pengaktifan dari pihak pemilik kad

Kedua-dua perkara ini perlu dilakukan untuk
membolehkan transaksi online antarabangsa
tidak disekat.

Langkah 1 :

Anda perlu call pihak bank dan beritahu yang anda ingin aktifkan line antarabangsa kad anda. 
Pihak bank mungkin akan bertanya apa laman atau servis antarabangsa yang ingin anda
gunakan. Anda perlu beritahu sahaja secara jujur untuk elakkan sebarang masalah.

Langkah 2 :

Pihak bank akan bertanya beberapa soalan untuk pengesahan identiti anda.
Pastikan anda sudah sedia dengan jawapannya.

  • Nombor debit kad anda
  • Nama anda seperti dalam IC
  • Nombor IC anda
  • Nombor akaun anda
  • Nombor telefon yang didaftarkan dengan bank

Langkah 3 :

Sebelum pihak bank mengaktifkan debit kad anda, mereka akan membacakan terma dan syarat pengaktifan

untuk persetujuan anda.

Langkah 4 :

Pengaktifan daripada pihak bank sudah berjaya. Seterusnya pengaktifan daripada pihak anda pula. Anda hanya perlu

mengikuti langkah-langkah yang deberitahu oleh pihak bank. 


TAHNIAH! Line antarabangsa kad debit anda
sudah diaktifkan.

Langkah 5 :

Lawati laman web untuk membuat pembayaran
semula seperti sebelumnya. 

Terima Kasih dari kami team CakapJepun. Selamat belajar!

Copyright © Michi Global Sdn. Bhd (1312731-D)

All Rights Reserved